Thursday, July 25, 2013

Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin & Tahlil 2013



Tarikh : 19 Julai 2013 (Jumaat) 
Masa : 06:00 pm - 09:00 pm      
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa, Anak Permata & Pendidik

Majlis Berbuka Puasa di adakan bertujuan untuk mendedahkan Anak Permata mengenai bulan Ramadhan serta bersama-sama menghayati bulan penuh keberkatan ini dengan mengadakan unsur-unsur kerohanian seperti bacaan yasin, tahlil, solat maghrib dan berbuka puasa bersama-sama dengan ibubapa, pendidik dan rakan-rakan. 



Solat Maghrib

Sesudah Solat Maghrib
Di antara objektif majlis ini adalah seperti berikut :
  • Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa, pendidik dan Anak Permata.
  • Memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang bulan yang penuh keberkatan ini dengan mengadakan majlis yang berunsur kerohanian.
  • Dapat berbuka puasa bersama-sama dengan ibubapa, pendidik dan rakan-rakan.
  • Menjalin kerjasama di antara ibubapa dan pendidik.
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian ke dalam diri anak-anak.
Jamuan Makan

Menjamu Selera Selepas Berbuka
Di Antara Juadah Berbuka Puasa
Di antara agenda majlis pula adalah seperti berikut :
  • Bacaan Yassin & Tahlil
  • Berbuka Puasa
  • Solat Maghrib Berjemaah
  • Makan Beramai-ramai (Potluck)
  • Bersurai & Mengemas

Syukur Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin & Tahlil berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih di ucapkan kepada para ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis. In Shaa Allah moga-moga tahun depan PAPN Pasir Gudang dapat mengadakan lagi majlis seperti ini. Sesungguhnya majlis ini memberi seribu erti kepada semua terutamanya untuk Anak Permata.


Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

    

Tuesday, June 18, 2013

Program Hari Keluarga & Sukaneka 2013


Tarikh : 14 Jun 2013 (Jumaat) & 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 09:30 am - 11:00 pm      
Tempat : Tanjung Sepang Beach Resort, Teluk Ramunia
Sasaran : Ibubapa, Anak Permata & Pendidik

Program Hari Keluarga & Sukaneka di adakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga, Anak Permata dan pendidik. Di samping itu, ianya juga dapat mendedahkan Anak Permata kepada persekitaran luar dan menguji ketahanan mental dan fizikal melalui acara sukan yang di adakan. Di antara objektif program ini adalah seperti berikut :

  • Untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara keluarga, Anak Permata dan pendidik.
  • Memupuk semangat bekerjasama di antara ahli kumpulan.
  • Memberi pendedahan kepada Anak Permata melalui acara sukan yang di adakan.
  • Membolehkan Anak Permata menimba pengalaman bermain di persekitaran dunia luar.
  • Membolehkan interaksi dan komunikasi di antara keluarga, Anak Permata dan pendidik.
Acara Lontar Belon Air
Acara Apakah Saya?
Acara Tiup Belon Sampai Pecah
Acara Tarik Tali Wanita
Acara Tarik Tali Lelaki
Acara Suami Hias Isteri
Di antara agenda program adalah seperti berikut :
1. Kategori Dewasa

  • Tiup belon sampai pecah 
  • Lontar belon air
  • Apakah Saya?
  • Tarik Tali 
  • Tiup gula-gula dalam tepung 
  • Treasure hunt 
  • Tarik bola guna gelung
  • Suami hias isteri 

Acara cari telur penyu Anak Permata 2 tahun

Acara cari telur penyu Anak Permata 3 tahun

Acara cari telur penyu Anak Permata 4 tahun
Acara Isi Pasir Dalam Botol
2. Kategori Kanak-kanak

  • Lari ikat kaki (Remaja)
  • Cari telur penyu (2&3 tahun)
  • Mana Ibu/Ayah (2&3 tahun)
  • Isi pasir dalam botol (4 tahun)
  • Kenal suara ibu/ayah (4 tahun)

Malam Mesra & BBQ
Sambutan Hari Lahir Anak Permata
Sesi Bergambar Beramai-ramai
3.Aktiviti waktu malam
  • Malam mesra & BBQ
  • Sambutan hari lahir Anak Permata
  • Pemberian hadiah kepada para pemenang
  • Cabutan bertuah
  • Kembara malam/ibadah senyap
4. Hari Sabtu
  • Aktiviti bebas
  • Kemas barang-barang

Alhamdullilah Program Hari Keluarga & Sukaneka telah berjalan dengan lancar dan semuanya telah memberi kerjasama serta komitmen yang baik sepanjang program berlangsung. Semuanya begitu bersemangat memasuki setiap acara sukan yang di adakan. Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi program ini. Tahniah kepada para pemenang...

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url : https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Tuesday, March 26, 2013

Laman Blog PAPN Pasir Gudang


Selamat Datang ke Laman Blog 
Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN)
 Parlimen Pasir Gudang.





PENGUMUMAN: Ini adalah blog rasmi Pusat Anak PERMATA PASIR GUDANG JOHOR.

Untuk berhubung ke PAPN Pasir Gudang, Alamat seperti yang berikut :

158017, Persimpangan Jalan Gunung,Jalan Gunung 41, Taman Seri Alam 81750 Masai, Johor

Tel:07 - 3861070

Emel:papnpasirgudang@yahoo.com

Facebook:papnpasirgudang@yahoo.com

Terima Kasih ;)