Latar belakang Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Gudang Johor
Pusat
Anak PERMATA Negara (PAPN) Pasir Gudang merupakan sebuah Pusat Asuhan dan
Didikan Awal Kanak – Kanak dibawah Program PERMATA Negara yang dinaungi oleh
Y.A Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Program PERMATA adalah dibawah Jabatan
Perdana Menteri dan ianya khusus untuk kanak – kanak berumur 4 tahun ke bawah.
Pusat ini mula beroperasi pada Jun 2012 dan ia memberi keutamaan kepada keluarga
berpendapatan rendah dan ‘high risk
family’. Terdapat pelbagai
kemudahan yang disediakan di Pusat Anak PERMATA Negara Pasir Gudang
khusus untuk anak-anak yang terpilih bagi mengikuti program di
sini.Segalanya disediakan secara percuma bagi memberikan yang terbaik
kepada kanak-kanak ini.
No comments:
Post a Comment