Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin & Tahlil 2013
Tarikh : 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa : 06:00 pm - 09:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa, Anak Permata & Pendidik
Majlis Berbuka Puasa di adakan bertujuan untuk mendedahkan Anak Permata mengenai bulan Ramadhan serta bersama-sama menghayati bulan penuh keberkatan ini dengan mengadakan unsur-unsur kerohanian seperti bacaan yasin, tahlil, solat maghrib dan berbuka puasa bersama-sama dengan ibubapa, pendidik dan rakan-rakan.
Solat Maghrib |
Sesudah Solat Maghrib |
- Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa, pendidik dan Anak Permata.
- Memberi pendedahan kepada Anak Permata tentang bulan yang penuh keberkatan ini dengan mengadakan majlis yang berunsur kerohanian.
- Dapat berbuka puasa bersama-sama dengan ibubapa, pendidik dan rakan-rakan.
- Menjalin kerjasama di antara ibubapa dan pendidik.
- Menerapkan nilai-nilai kerohanian ke dalam diri anak-anak.
Jamuan Makan |
Menjamu Selera Selepas Berbuka |
Di Antara Juadah Berbuka Puasa |
- Bacaan Yassin & Tahlil
- Berbuka Puasa
- Solat Maghrib Berjemaah
- Makan Beramai-ramai (Potluck)
- Bersurai & Mengemas
Syukur Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yassin & Tahlil berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih di ucapkan kepada para ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis. In Shaa Allah moga-moga tahun depan PAPN Pasir Gudang dapat mengadakan lagi majlis seperti ini. Sesungguhnya majlis ini memberi seribu erti kepada semua terutamanya untuk Anak Permata.
Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang
No comments:
Post a Comment