Monday, June 16, 2014

Projek Big Book, Family Frame & Parents Story Telling


Tarikh : Sepanjang April 2014
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Anak Permata, Ibubapa & Pendidik

Projek Big Book, Family Frame & Parents Story Telling di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang pentingnya aktiviti bercerita di kalangan kanak-kanak. Di samping itu, melalui pertandingan ini juga para ibubapa dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dan menceritakan semula hasil kerja mereka kepada Anak Permata. Pertandingan ini adalah secara individual dan projek berjalan di rumah.


Antara koleksi buku yang telah dihasilkan oleh ibubapa

Antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Untuk mempamerkan kreativiti dan komitmen para ibubapa.
  • Membolehkan ibubapa menceritakan semula hasil kerja yang telah dilakukan kepada Anak Permata.
  • Untuk menambah koleksi buku besar di Perpustakaan PAPN Pasir Gudang.
  • Membolehkan Anak Permata mempelajari sesuatu yang baru dari buku yang telah dihasilkan.
  • Membolehkan Anak Permata mengenali setiap ahli keluarga PAPN Pasir Gudang.
  • Supaya Anak Permata lebih tertarik dan teruja untuk melihat dan mendengar sendiri hasil kerja yang telah dihasilkan oleh ibubapa masing-masing.

Antara kriteria bagi pertandingan rekacipta Big Book adalah seperti berikut :
  • Saiz buku sekurang-kurangnya saiz A4.
  • Setiap buku dinilai dari segi isi kandungan, kreativiti, kualiti dan daya usaha.
  • Big Book yang dihasilkan akan menjadi koleksi Perpustakaan PAPN Pasir Gudang. 

Family Frame

 Antara kriteria bagi pertandingan Frame adalah seperti berikut :
  • Saiz bingkai gambar adalah bebas.
  • Bingkai gambar akan dinilai dari segi kreativiti dan daya usaha.
  • Setiap bingkai gambar akan dipamerkan pada sudut keluarga PAPN Pasir Gudang.
Big Book

Manakala bagi aktiviti Parents Story Telling ibubapa dikehendaki mengadakan sesi bercerita bersama kanak-kanak Permata menggunakan Big Book yang telah dihasilkan. Ibubapa juga diminta untuk bercerita tentang bingkai gambar yang dihasilkan bersama kanak-kanak Permata.

Syukur Alhamdullilah projek ini berjalan dengan lancar dan para ibubapa telah memberi komitmen yang baik. Hasil kerja yang dilakukan adalah diluar jangkaan sekali. Sememangnya para ibubapa mempunyai bakat dalam mengolah dan menghasilkan Big Book & Frame. Melaluinya kanak-kanak Permata dapat mempelajari sesuatu dan mereka merasa teruja setiap kali para ibubapa membuat aktiviti bercerita dengan Big Book & Frame yang begitu menarik perhatian mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. SYABAS !!!!

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

No comments:

Post a Comment