Monday, June 16, 2014

Projek Big Book, Family Frame & Parents Story Telling


Tarikh : Sepanjang April 2014
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Anak Permata, Ibubapa & Pendidik

Projek Big Book, Family Frame & Parents Story Telling di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang pentingnya aktiviti bercerita di kalangan kanak-kanak. Di samping itu, melalui pertandingan ini juga para ibubapa dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dan menceritakan semula hasil kerja mereka kepada Anak Permata. Pertandingan ini adalah secara individual dan projek berjalan di rumah.


Antara koleksi buku yang telah dihasilkan oleh ibubapa

Antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Untuk mempamerkan kreativiti dan komitmen para ibubapa.
  • Membolehkan ibubapa menceritakan semula hasil kerja yang telah dilakukan kepada Anak Permata.
  • Untuk menambah koleksi buku besar di Perpustakaan PAPN Pasir Gudang.
  • Membolehkan Anak Permata mempelajari sesuatu yang baru dari buku yang telah dihasilkan.
  • Membolehkan Anak Permata mengenali setiap ahli keluarga PAPN Pasir Gudang.
  • Supaya Anak Permata lebih tertarik dan teruja untuk melihat dan mendengar sendiri hasil kerja yang telah dihasilkan oleh ibubapa masing-masing.

Antara kriteria bagi pertandingan rekacipta Big Book adalah seperti berikut :
  • Saiz buku sekurang-kurangnya saiz A4.
  • Setiap buku dinilai dari segi isi kandungan, kreativiti, kualiti dan daya usaha.
  • Big Book yang dihasilkan akan menjadi koleksi Perpustakaan PAPN Pasir Gudang. 

Family Frame

 Antara kriteria bagi pertandingan Frame adalah seperti berikut :
  • Saiz bingkai gambar adalah bebas.
  • Bingkai gambar akan dinilai dari segi kreativiti dan daya usaha.
  • Setiap bingkai gambar akan dipamerkan pada sudut keluarga PAPN Pasir Gudang.
Big Book

Manakala bagi aktiviti Parents Story Telling ibubapa dikehendaki mengadakan sesi bercerita bersama kanak-kanak Permata menggunakan Big Book yang telah dihasilkan. Ibubapa juga diminta untuk bercerita tentang bingkai gambar yang dihasilkan bersama kanak-kanak Permata.

Syukur Alhamdullilah projek ini berjalan dengan lancar dan para ibubapa telah memberi komitmen yang baik. Hasil kerja yang dilakukan adalah diluar jangkaan sekali. Sememangnya para ibubapa mempunyai bakat dalam mengolah dan menghasilkan Big Book & Frame. Melaluinya kanak-kanak Permata dapat mempelajari sesuatu dan mereka merasa teruja setiap kali para ibubapa membuat aktiviti bercerita dengan Big Book & Frame yang begitu menarik perhatian mereka. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. SYABAS !!!!

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Sunday, March 30, 2014

Program Pemeriksaan Pergigian Kanak-kanak Permata 2014


Tarikh : 23 Mac 2014
Masa : 09:00 am - 11:00 am
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Anak Permata & Pendidik

Program Pemeriksaan Pergigian Kanak-kanak di adakan bertujuan untuk memeriksa tahap kesihatan gigi kanak-kanak dan memberi ceramah tentang kesihatan gigi. Pemeriksaan ini telah dilakukan oleh tiga orang kakitangan Klinik Pergigian Masai.

Kanak-kanak mendengar ceramah pergigian
Kanak-kanak memberi respon 
Pemeriksaan Pergigian

Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Untuk memberitahu kepentingan menjaga gigi
  • Untuk memeriksa tahap kesihatan gigi kanak-kanak
  • Untuk menunjukkan cara memberus gigi dengan betul

Cara memberus gigi yang betul
Sesi bergambar beramai-ramai

Alhamdullilah syukur kepada Hadrat Illahi dengan limpah kurnianya program ini berjalan dengan lancar. Anak-anak Permata begitu teruja dan seronok sekali mendengar ceramah dari pihak kakitangan Klinik Pergigian serta memberi respon yang baik setiap kali diajukan soalan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada daddy dan mummy Haziq Norisham kerana sudi hadir ke PAPN seterusnya membantu Anak Permata sepanjang program berlangsung.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Majlis Solat Hajat & Penyampaian Hadiah Hias Sudut Dalaman PAPN 2014


Tarikh : 20 Mac 2014
Masa : 06:30 am - 09:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Pendidik, Anak Permata & Ibubapa


Majlis Solat Hajat & Penyampaian Hadiah Hias Sudut Dalaman PAPN di adakan bertujuan untuk mendoakan keselamatan Anak Permata & PAPN dari sebarang musibah serta mendoakan keselamatan pesawat MH370. Di samping itu, majlis ini juga di adakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN. Majlis bacaan Yassin, Solat Maghrib & Solat Hajat telah diketuai oleh Encik Khaizir iaitu bapa kepada Anak Permata 3 Tahun. 



Bacaan Yassin
Solat Maghrib & Solat Hajat
Solat Maghrib & Solat Hajat
Di antara objektif majlis adalah seperti berikut :
  • Untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Anak Permata, warga PAPN, PAPN serta pesawat MH370
  • Untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada Anak Permata melalui solat berjemaah
  • Untuk meraikan para pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN
  • Untuk mewujudkan ikatan silaturahim melalui majlis yang di adakan
  • Untuk mewujudkan semangat bekerjasama di antara ibubapa dan pendidik


Pengumuman Para Pemenang
Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Ketibaan Ibubapa, Anak Permata & Pendidik/Penyerahan Pot luck
  • Bacaan Yassin
  • Solat Maghrib & Solat Hajat Berjemaah
  • Penyampaian Hadiah Hias Sudut Kepada Para Pemenang
  • Sesi Bergambar Antara Ahli Kumpulan
  • Jamuan Makan & Bersurai
Pemenang Tempat Pertama
Pemenang Tempat Ke-2

Pemenang Tempat ke-3
Pemenang Tempat ke-4
Senarai pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN adalah seperti berikut :
  • Tempat Pertama : Tema Tumbuhan
  • Tempat Kedua : Tema Muzik & Sekolah
  • Tempat Ketiga : Tema Makanan
  • Tempat Keempat : Tema Haiwan Darat & Air

Para juri bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN terdiri daripada 8 orang cikgu praktikal di mana kriteria-kriteria pemarkahan adalah seperti berikut :
  • Menarik & kreatif
  • Hasil kerja sendiri/menggunakan bahan terpakai
  • Kerjasama antara ahli kumpulan
  • Mengikut tema & bersesuaian dengan kanak-kanak
  • Siap dalam tempoh yang diberikan


Alhamdullilah majlis kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Sekalung ucapan tahniah di ucapkan kepada para pemenang.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Saturday, March 29, 2014

Pertandingan Hias Sudut Dalaman PAPN 2014


Tarikh : 04 Mac 2014 - 18 Mac 2014
Masa : 2 Minggu
Tempat : PAPN Pasir Gudang


Pertandingan Hias Sudut Dalaman PAPN di adakan bertujuan untuk memberi persekitaran dan suasana yang baru kepada Anak Permata. Pertandingan ini di adakan dari 04 Mac 2014 sehingga 18 Mac 2014 iaitu selama 2 minggu. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut tema iaitu :
  • Tema Tumbuhan
  • Tema Haiwan Darat & Air
  • Tema Makanan
  • Tema Muzik & Sekolah
Sebelum : Tema Muzik & Sekolah
Selepas : Sudut Muzik & Sekolah 
Sebelum : Tema Tumbuhan
Selepas : Sudut Tumbuhan
Sebelum : Tema Haiwan Darat & Air
Selepas : Sudut Haiwan di Air
Selepas : Sudut Haiwan di Darat
Sebelum : Tema Makanan
Selepas : Sudut Makanan

Di antara objektif pertandingan adalah seperti berikut :
  • Supaya kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dari hiasan sudut tersebut
  • Memberi suasana dan persekitaran yang baru kepada Anak Permata
  • Mewujudkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan
  • Untuk membolehkan ibubapa dan pendidik melahirkan idea yang kreatif & inovatif
  • Menjalinkan ikatan ukhwah antara ibubapa dan pendidik
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang bertungkus lumus bagi menyiapkan hiasan sudut tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada pendidik yang banyak membantu memberikan idea dan tunjuk ajar. Semuanya berbakat dan kreatif-kreatif belaka. Anak Permata begitu teruja sekali melihat hasil hiasan sudut tersebut. Syabas diucapkan kepada semuanya !!!!
Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Thursday, February 27, 2014

Mesyuarat Agong PIBP & Majlis Gotong-Royong Perdana 2014


Tarikh : 08 Februari 2014
Masa : 08:30 am - 01:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Pendidik & Ibubapa

Mesyuarat Agong PIBP & Majlis Gotong-Royong Perdana di adakan bertujuan untuk saling mengenali di antara ibubapa yang lama dan yang baru serta mewujudkan semangat kerjasama ketika melakukan gotong-royong membersihkan PAPN.

Para Bapa Mengemas Ruang Dapur
Para Ibu Membersihkan Permainan
Di antara objektif program adalah seperti berikut :

  • Mewujudkan interaksi dan komunikasi antara ibubapa yang lama dan yang baru.
  • Mewujudkan semangat saling bantu-membantu ketika gotong-royong di adakan.
  • Membersihkan PAPN dari semua sudut.
  • Mewujudkan suasana PAPN yang dalam keadaan bersih, selamat dan bebas dari penyakit.
Para Ibu Mengemas Library
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :

  • Ucapan Ketua Pendidik
  • Mesyuarat Agong PIBP
  • Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBP yang baru.
  • Perbincangan Takwin Tahunan 2014 PAPN Pasir Gudang.
  • Majlis Gotong-Royong Perdana
  • Jamuan Makan
  • Bersurai

Jamuan Makan
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Ucapan terima kasih kepada ibubapa dan pendidik yang sudi meluangkan masa cuti mereka untuk menghadiri mesyuarat dan majlis gotong-royong.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Monday, January 20, 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak Permata Bersama Puteri Specialist Hospital (PSH)


Tarikh : 18 Januari 2014
Masa : 08:30 am - 12:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa, Pendidik & Anak Permata

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak Permata di adakan bertujuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan fizikal kanak-kanak Permata. Program ini telah di jalankan oleh pihak Puteri Specialist Hospital dan dirasmikan oleh Tuan Haji Khairun, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital. Puteri Specialist Hospital merupakan hospital angkat bagi PAPN Pasir Gudang di mana Anak Permata diberikan perkhidmatan perubatan percuma sekiranya mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Para Ibubapa mendengar ceramah kesihatan
Cara-cara mencuci tangan yang betul
Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai Perubatan
Di antara agenda program adalah seperti berikut :

  • Ucapan dari Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital
  • Ucapan dari Ketua Pendidik
  • Ceramah Penjagaan Kesihatan (Cara-cara mencuci tangan yang betul)
  • Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai Perubatan
  • Penyampaian sumbangan oleh Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital
  • Jamuan Makan & bersurai

Penyampaian Sumbangan oleh Tuan Haji Khairun
Pemeriksaan Kesihatan Pendidik & Ibubapa
Sesi Bergambar Beramai-ramai
Sesi Bergambar Bersama Puteri Specialist Hospital
Syukur Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak KPJ Puteri Specialist Hospital kerana sudi berkerjasama dan memberi sumbangan kepada pihak PAPN Pasir Gudang. Tidak lupa juga kepada ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang