Sunday, March 30, 2014

Program Pemeriksaan Pergigian Kanak-kanak Permata 2014


Tarikh : 23 Mac 2014
Masa : 09:00 am - 11:00 am
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Anak Permata & Pendidik

Program Pemeriksaan Pergigian Kanak-kanak di adakan bertujuan untuk memeriksa tahap kesihatan gigi kanak-kanak dan memberi ceramah tentang kesihatan gigi. Pemeriksaan ini telah dilakukan oleh tiga orang kakitangan Klinik Pergigian Masai.

Kanak-kanak mendengar ceramah pergigian
Kanak-kanak memberi respon 
Pemeriksaan Pergigian

Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Untuk memberitahu kepentingan menjaga gigi
  • Untuk memeriksa tahap kesihatan gigi kanak-kanak
  • Untuk menunjukkan cara memberus gigi dengan betul

Cara memberus gigi yang betul
Sesi bergambar beramai-ramai

Alhamdullilah syukur kepada Hadrat Illahi dengan limpah kurnianya program ini berjalan dengan lancar. Anak-anak Permata begitu teruja dan seronok sekali mendengar ceramah dari pihak kakitangan Klinik Pergigian serta memberi respon yang baik setiap kali diajukan soalan. Ucapan terima kasih diucapkan kepada daddy dan mummy Haziq Norisham kerana sudi hadir ke PAPN seterusnya membantu Anak Permata sepanjang program berlangsung.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Majlis Solat Hajat & Penyampaian Hadiah Hias Sudut Dalaman PAPN 2014


Tarikh : 20 Mac 2014
Masa : 06:30 am - 09:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Pendidik, Anak Permata & Ibubapa


Majlis Solat Hajat & Penyampaian Hadiah Hias Sudut Dalaman PAPN di adakan bertujuan untuk mendoakan keselamatan Anak Permata & PAPN dari sebarang musibah serta mendoakan keselamatan pesawat MH370. Di samping itu, majlis ini juga di adakan untuk memberi hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN. Majlis bacaan Yassin, Solat Maghrib & Solat Hajat telah diketuai oleh Encik Khaizir iaitu bapa kepada Anak Permata 3 Tahun. 



Bacaan Yassin
Solat Maghrib & Solat Hajat
Solat Maghrib & Solat Hajat
Di antara objektif majlis adalah seperti berikut :
  • Untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Anak Permata, warga PAPN, PAPN serta pesawat MH370
  • Untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada Anak Permata melalui solat berjemaah
  • Untuk meraikan para pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN
  • Untuk mewujudkan ikatan silaturahim melalui majlis yang di adakan
  • Untuk mewujudkan semangat bekerjasama di antara ibubapa dan pendidik


Pengumuman Para Pemenang
Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Ketibaan Ibubapa, Anak Permata & Pendidik/Penyerahan Pot luck
  • Bacaan Yassin
  • Solat Maghrib & Solat Hajat Berjemaah
  • Penyampaian Hadiah Hias Sudut Kepada Para Pemenang
  • Sesi Bergambar Antara Ahli Kumpulan
  • Jamuan Makan & Bersurai
Pemenang Tempat Pertama
Pemenang Tempat Ke-2

Pemenang Tempat ke-3
Pemenang Tempat ke-4
Senarai pemenang bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN adalah seperti berikut :
  • Tempat Pertama : Tema Tumbuhan
  • Tempat Kedua : Tema Muzik & Sekolah
  • Tempat Ketiga : Tema Makanan
  • Tempat Keempat : Tema Haiwan Darat & Air

Para juri bagi pertandingan hias sudut dalaman PAPN terdiri daripada 8 orang cikgu praktikal di mana kriteria-kriteria pemarkahan adalah seperti berikut :
  • Menarik & kreatif
  • Hasil kerja sendiri/menggunakan bahan terpakai
  • Kerjasama antara ahli kumpulan
  • Mengikut tema & bersesuaian dengan kanak-kanak
  • Siap dalam tempoh yang diberikan


Alhamdullilah majlis kali ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Sekalung ucapan tahniah di ucapkan kepada para pemenang.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Saturday, March 29, 2014

Pertandingan Hias Sudut Dalaman PAPN 2014


Tarikh : 04 Mac 2014 - 18 Mac 2014
Masa : 2 Minggu
Tempat : PAPN Pasir Gudang


Pertandingan Hias Sudut Dalaman PAPN di adakan bertujuan untuk memberi persekitaran dan suasana yang baru kepada Anak Permata. Pertandingan ini di adakan dari 04 Mac 2014 sehingga 18 Mac 2014 iaitu selama 2 minggu. Pertandingan ini dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut tema iaitu :
  • Tema Tumbuhan
  • Tema Haiwan Darat & Air
  • Tema Makanan
  • Tema Muzik & Sekolah
Sebelum : Tema Muzik & Sekolah
Selepas : Sudut Muzik & Sekolah 
Sebelum : Tema Tumbuhan
Selepas : Sudut Tumbuhan
Sebelum : Tema Haiwan Darat & Air
Selepas : Sudut Haiwan di Air
Selepas : Sudut Haiwan di Darat
Sebelum : Tema Makanan
Selepas : Sudut Makanan

Di antara objektif pertandingan adalah seperti berikut :
  • Supaya kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu dari hiasan sudut tersebut
  • Memberi suasana dan persekitaran yang baru kepada Anak Permata
  • Mewujudkan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan
  • Untuk membolehkan ibubapa dan pendidik melahirkan idea yang kreatif & inovatif
  • Menjalinkan ikatan ukhwah antara ibubapa dan pendidik
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibubapa yang bertungkus lumus bagi menyiapkan hiasan sudut tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga kepada pendidik yang banyak membantu memberikan idea dan tunjuk ajar. Semuanya berbakat dan kreatif-kreatif belaka. Anak Permata begitu teruja sekali melihat hasil hiasan sudut tersebut. Syabas diucapkan kepada semuanya !!!!
Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Thursday, February 27, 2014

Mesyuarat Agong PIBP & Majlis Gotong-Royong Perdana 2014


Tarikh : 08 Februari 2014
Masa : 08:30 am - 01:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Pendidik & Ibubapa

Mesyuarat Agong PIBP & Majlis Gotong-Royong Perdana di adakan bertujuan untuk saling mengenali di antara ibubapa yang lama dan yang baru serta mewujudkan semangat kerjasama ketika melakukan gotong-royong membersihkan PAPN.

Para Bapa Mengemas Ruang Dapur
Para Ibu Membersihkan Permainan
Di antara objektif program adalah seperti berikut :

  • Mewujudkan interaksi dan komunikasi antara ibubapa yang lama dan yang baru.
  • Mewujudkan semangat saling bantu-membantu ketika gotong-royong di adakan.
  • Membersihkan PAPN dari semua sudut.
  • Mewujudkan suasana PAPN yang dalam keadaan bersih, selamat dan bebas dari penyakit.
Para Ibu Mengemas Library
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :

  • Ucapan Ketua Pendidik
  • Mesyuarat Agong PIBP
  • Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBP yang baru.
  • Perbincangan Takwin Tahunan 2014 PAPN Pasir Gudang.
  • Majlis Gotong-Royong Perdana
  • Jamuan Makan
  • Bersurai

Jamuan Makan
Alhamdullilah syukur ke hadrat Illahi majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Ucapan terima kasih kepada ibubapa dan pendidik yang sudi meluangkan masa cuti mereka untuk menghadiri mesyuarat dan majlis gotong-royong.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Monday, January 20, 2014

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-kanak Permata Bersama Puteri Specialist Hospital (PSH)


Tarikh : 18 Januari 2014
Masa : 08:30 am - 12:00 pm
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa, Pendidik & Anak Permata

Program Pemeriksaan Kesihatan Kanak-Kanak Permata di adakan bertujuan untuk membuat pemeriksaan kesihatan fizikal kanak-kanak Permata. Program ini telah di jalankan oleh pihak Puteri Specialist Hospital dan dirasmikan oleh Tuan Haji Khairun, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital. Puteri Specialist Hospital merupakan hospital angkat bagi PAPN Pasir Gudang di mana Anak Permata diberikan perkhidmatan perubatan percuma sekiranya mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Para Ibubapa mendengar ceramah kesihatan
Cara-cara mencuci tangan yang betul
Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai Perubatan
Di antara agenda program adalah seperti berikut :

  • Ucapan dari Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital
  • Ucapan dari Ketua Pendidik
  • Ceramah Penjagaan Kesihatan (Cara-cara mencuci tangan yang betul)
  • Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai Perubatan
  • Penyampaian sumbangan oleh Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri Specialist Hospital
  • Jamuan Makan & bersurai

Penyampaian Sumbangan oleh Tuan Haji Khairun
Pemeriksaan Kesihatan Pendidik & Ibubapa
Sesi Bergambar Beramai-ramai
Sesi Bergambar Bersama Puteri Specialist Hospital
Syukur Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak KPJ Puteri Specialist Hospital kerana sudi berkerjasama dan memberi sumbangan kepada pihak PAPN Pasir Gudang. Tidak lupa juga kepada ibubapa, pendidik dan Anak Permata yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang

Tuesday, November 19, 2013

Majlis Graduasi dan Jamuan Perdana PAPN Pasir Gudang 2013


Tarikh : 17 November 2013 (Ahad) 
Masa : 02:00 pm - 05:30 pm      
Tempat : Sangkar Kristal LC Catering 
Tema : Fairy Tale
Sasaran : Ibubapa, Anak Permata, Pendidik & Tetamu Kehormat

Majlis Graduasi Anak Permata dan Jamuan Perdana di adakan bagi memberi pengiktirafan kepada perkembangan yang dicapai oleh anak-anak Permata sepanjang sesi 2013 di Pusat Anak Permata Negara. Majlis Graduasi yang di adakan pada setiap tahun ini juga dapat dijadikan sebagai satu platform bagi PAPN untuk meraikan anak-anak Permata yang telah mencapai perkembangan dalam meningkatkan potensi dan pencapaian dalam diri mereka.Melalui pengiktirafan ini, ia dapat dijadikan motivasi dan dorongan kepada setiap anak untuk mengembangkan bakat dan potensi diri secara menyeluruh. Masjlis kali ini telah dirasmi oleh Encik Sharful Adhmal Bin Adnan, Penolong PPD Pra-Sekolah/PERMATA. Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Menghargai dan memberi pengiktirafan kepada perkembangan yang dicapai oleh Anak Permata sepanjang sesi pembelajaran.
  • Memberi peluang meningkatkan dan mengasah bakat dan potensi serta keyakinan diri melalui 6 bidang perkembangan kurikulum Permata.
  • Menjalin hubungan mesra diantara pendidik dan ibubapa.
  • Mewujudkan semangat bekerjasama dan saling membantu diantara pendidik dan ibubapa.
Nyanyian Lagu Negaraku, Bacaan Ikrar & Lagu Permata
Persembahan Anak Permata 2 Tahun

Persembahan Anak Permata 3 tahun
Pertunjukkan Fesyen Anak Permata
Di antara agenda majlis adalah seperti berikut :
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Ikrar & Permata.
  • Bacaan Doa.
  • Ucapan Pengerusi, Ketua Pendidik & Tetamu Kehormat.
  • Persembahan 2 Tahun.
  • Penyampaian Sijil Graduasi Anak Permata 4 Tahun.
  • Cabutan Bertuah.
  • Bacaan Doa & Jamuan Makan.
  • Tayangan Multimedia Anak Permata 4 Tahun & Aktiviti Permata Sepanjang Tahun.
  • Persembahan Sketsa 3 Tahun.
  • Anugerah Penglibatan Ibubapa Cemerlang.
  • Persembahan Tarian dan Alat Muzik 4 Tahun.
  • Pertunjukkan Fesyen Anak Permata.
  • Penyampaian Hadiah.
  • Sambutan Hari Lahir Anak Permata dari Bulan Jun hingga Disember.
  • Majlis Bersurai.
Penyampaian Sijil Graduasi Anak Permata 4 Tahun
Sesi Bergambar Beramai-ramai
Sesi Bergambar Pendidik & Ibubapa
Majlis Graduasi ini merupakan kali kedua di adakan dan seramai 11 orang telah berjaya menamatkan program Permata di PAPN pasir Gudang. Berikut merupakan senarai nama Anak Permata graduasi bagi tahun 2013 :

BILNAMA KANAK-KANAK       
1.Ahmad Danish Bin Amiruddin                                  
2.Fiqri Alif Bin Fauzan
3.Mohammad Haziq Haiman Bin Abdullah
4.Muhammad Aidil Dhaifullah Bin Jasli
5.Muhammad Amirul Aiman bin Anuar
6.Yip Teck Fatt
7.Aina Danisha Binti Ahmad Zaky Yamani
8.Elysha Maisara Binti Mohd Fairus
9.Nur Amira Qistina Binti Amirashid
10.Nur Arissa Eryna Zarin
11.Putri Nur Qalesya Binti Norazam

Syukur Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Semua Anak Permata juga telah membuat persembahan yang terbaik sepanjang majlis berlansung. Sekalung tahniah di ucapkan kepada Anak Permata 4 tahun yang berjaya menamatkan program di PAPN Pasir Gudang. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada dif-dif terhormat iaitu 
Encik Sharful Adhmal Bin Adnan (Penolong PPD Pra-Sekolah/PERMATA), Puan Shareena Izzatul Rahim (Pegawai Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Permata), Puan Norwati Binti Abdul Manaf (Pegawai JASA Dun Permas), Puan Haslinda Binti Ismail (Pengurus Bahagian Operasi Hospital Pakar Puteri), Cik Haswana (Hospital Pakar Puteri), Tuan Haji Muhtaroom Bin Mokhsin (Syarikat SB Services) dan Encik Hairi (Syarikat Rungate Sdn.Bhd.) yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Terima kasih juga diucapkan kepada para ibubapa, Anak Permata dan pendidik yang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis. Sesungguhnya majlis ini begitu memberi makna kepada Anak Permata terutamanya bagi Anak Permata 4 Tahun. SYABAS diucapkan kepada semua.....

Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang



Wednesday, September 11, 2013

Lawatan ke Little Big Club Bersama Puteri Specialist Hospital Johor Bahru


Tarikh : 04 September 2013 (Rabu) 
Masa : 08:45 am - 01:30 pm      
Tempat : Hello Kitty Town Park (Little Big Club), Puteri Harbour 
Sasaran : Ibubapa, Anak Permata & Pendidik

Lawatan ke Little Big Club di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan dunia luar kepada Anak Permata dan bermain sambil belajar iaitu lawatan adalah bertepatan dengan tema pengangkutan bagi bulan September. Lawatan ini telah ditaja oleh pihak Puteri Specialist Hospital Johor Bahru. Di antara objektif lawatan ini adalah seperti berikut :
  • Menjalin kerjasama di antara pihak Puteri Specialist Hospital Johor Bahru dengan PAPN Pasir Gudang.
  • Memberi pendedahan dunia luar dan bermain sambil belajar untuk Anak Permata.
  • Mengenali pengangkutan melalui permainan seperti bas, kereta api, kereta dan helikopter.
  • Memberi  cabaran kepada Anak Permata untuk mencuba setiap permainan yang ada dan menonjolkan keberanian mereka.
  • Meningkatkan keyakinan diri Anak Permata untuk mencuba sesuatu yang baru melalui permainan yang ada.
Taklimat ibubapa dan bacaan doa sebelum bertolak
Sesi bergambar beramai-ramai
Sesi bergambar dengan maskot Bob the builder
Di antara permainan interaktif yang ada adalah seperti berikut :
  • Bertie The Bus
  • Thomas Train
  • Harold Helicopter
  • Windmill Ride
  • Sir Topham Hatt's Play Station
  • Angelina Ballerina
  • Little Bob The Builder (Build It Zone)
  • Thomas and Friends Imagination Station
Bumped Car
Harold Helicopter
Angelina Ballerina
Kusyuk melihat teater Thomas

Jom naik kereta api Thomas
Lawatan ini telah diikuti oleh 5 orang kakitangan Puteri Specialist Hospital, 65 orang dari pihak PAPN Pasir Gudang yang terdiri daripada ibubapa, Anak Permata,kanak-kanak dan pendidik. Syukur Alhamdullilah sepanjang perjalanan dan lawatan tiada masalah yang berlaku dan semuanya berjalan dengan lancar. Anak Permata begitu teruja dan seronok sekali ketika berada di sana sehingga mereka mengulangi bermain permainan yang ada. Jutaaan terima kasih diucapkan kepada pihak Puteri Specialist Hospital yang sudi menaja lawatan ini. Tidak lupa juga kepada ibubapa, Anak Permata dan pendidik yang memberi komitmen yang baik sepanjang lawatan berlangsung.


Untuk melihat gambar penuh sila layari facebook kami di url :https://www.facebook.com/permatanegara.pasirgudang