Monday, March 7, 2016

Sukaneka PAPN Pasir Gudang 2016

Tarikh : 6 Mac 2016
Tempat : Masjid Al Falah, Bandar Seri Alam
Sasaran : Ibubapa, Anak PERMATA & Pendidik

Majlis Sukaneka PAPN Pasir Gudang diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga. Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Mengeratkan silaturahim anak-anak, ibubapa/penjaga dan ahli keluarga lain baru dan lama
  • Merapatkan jurang keluarga baru dan lama 
  • Menggalakkan penglibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak PERMATA 
  • Menggalakkan semangat kerjasama di antara ibubapa dan pendidik di dalam segala aktiviti yang diadakan 

Sesi bergambar beramai-ramai

Permainan Gelung Sakti

Manakala agendanya pula ialah :
  • Ucapan Pengerusi PIBP
  • Ucapan Ketua Pendidik
  • Acara gelung sakti (2 tahun)
  • Isi air dalam botol (3 tahun)
  • Sudu & bola ping pong (4 tahun)
  • Belon Bertuah (Anak-anak lain)
  • Ali Baba Bujang Lapok & selamatkan daku (Bapa)
  • Mari memancing & Poppp!! Pecah.. (Ibu)
  • Mumiaku sayang (Ibu & Bapa)
  • Explore Race (Berkumpulan)
  • Sambutan Hari Lahir
  • Jamuan Makan
  • Gotong-royong

Permainan Ali Baba Bujang Lapok

Syukur ke hadrat Ilahi majlis telah berjalan dengan sempurna dan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, anak PERMATA dan Pendidik yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lagi majlis ini. Ucapan tahniah juga kepada semua para pemenang yang memenangi hadiah bagi setiap permainan yang di adakan.