Monday, March 7, 2016

Sukaneka PAPN Pasir Gudang 2016

Tarikh : 6 Mac 2016
Tempat : Masjid Al Falah, Bandar Seri Alam
Sasaran : Ibubapa, Anak PERMATA & Pendidik

Majlis Sukaneka PAPN Pasir Gudang diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada kanak-kanak mengenai gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim di antara ahli keluarga. Di antara objektif program adalah seperti berikut :
  • Mengeratkan silaturahim anak-anak, ibubapa/penjaga dan ahli keluarga lain baru dan lama
  • Merapatkan jurang keluarga baru dan lama 
  • Menggalakkan penglibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan oleh pihak PERMATA 
  • Menggalakkan semangat kerjasama di antara ibubapa dan pendidik di dalam segala aktiviti yang diadakan 

Sesi bergambar beramai-ramai

Permainan Gelung Sakti

Manakala agendanya pula ialah :
  • Ucapan Pengerusi PIBP
  • Ucapan Ketua Pendidik
  • Acara gelung sakti (2 tahun)
  • Isi air dalam botol (3 tahun)
  • Sudu & bola ping pong (4 tahun)
  • Belon Bertuah (Anak-anak lain)
  • Ali Baba Bujang Lapok & selamatkan daku (Bapa)
  • Mari memancing & Poppp!! Pecah.. (Ibu)
  • Mumiaku sayang (Ibu & Bapa)
  • Explore Race (Berkumpulan)
  • Sambutan Hari Lahir
  • Jamuan Makan
  • Gotong-royong

Permainan Ali Baba Bujang Lapok

Syukur ke hadrat Ilahi majlis telah berjalan dengan sempurna dan lancar. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, anak PERMATA dan Pendidik yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan lagi majlis ini. Ucapan tahniah juga kepada semua para pemenang yang memenangi hadiah bagi setiap permainan yang di adakan.

Tuesday, February 23, 2016

Majlis Gotong-Royong PAPN Pasir Gudang 2016

Tarikh : 20 Februari 2016
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa & Pendidik

Majlis Gotong-Royong PAPN Pasir Gudang di adakan bertujuan untuk membersihkan persekitaran luar dan dalam PAPN bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak di PAPN.

Kerja-kerja pembersihan

Membuang kayu yang sudah reput/rosak

Membuka langsir untuk dicuci

Di antara objektif majlis ini adalah seperti berikut :

1. Untuk membersihkan persekitaran luar dan dalam PAPN
2. Untuk mengeratkan silaturahim di antara ibu bapa dan pendidik
3. Untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kanak-kanak di PAPN
4. Untuk memberikan keselesaan kepada kanak-kanak
5. Untuk mengelakkan penyakit yang tidak di ingini



Jamuan makan turut disediakan

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pendidik yang telah menghadirkan diri bagi melancarkan lagi majlis kali ini. Alhamdullilah PAPN Pasir Gudang kembali ceria dan bersinar setelah selesai aktiviti gotong-royong. SYABAS SEMUA!!!!



Wednesday, February 3, 2016

Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa & Pendidik (PIBP) 2016


Tarikh : 30 Januari 2016
Tempat : PAPN Pasir Gudang
Sasaran : Ibubapa & Pendidik

 Mesyuarat Agong PIBP di adakan bertujuan untuk memperkenalkan ibu bapa yang baru dan lama serta untuk memilih Ahli Jawatankuasa PIBP yang baru. Di antara agenda mesyuarat ialah :
  • Pendaftaran kanak-kanak lama
  • Pembentangan laporan kewangan bagi tahun 2015/2016
  • Peraturan-peraturan di PAPN
  • Pembubaran AJK PIBP bagi tahun 2015
  • Perlantikan AJK PIBP yang baru bagi sesi 2016
  • Perincian tentang penglibatan ibu bapa
  • Cadangan takwin bagi tahun 2016

Penerangan dari ketua pendidik iaitu Puan Karimah Ahmad


Sesi memperkenalkan diri ibu bapa dan pendidik


Ucapan aluan daripada Pengerusi PIBP yang baru iaitu Encik Azhar

Alhamdullilah mesyuarat kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa dan mereka telah pun memberikan komitmen bagi memantapkan lagi pertadbiran PAPN Pasir Gudang. Terima kasih di ucapkan kepada para pendidik dan ibu bapa yang hadir ke mesyuarat kali ini. :)